Maklumat Umum:: |
| Seminar Bahasa Arab IPTB |
|
|
Dari kiri, Prof. Dr. Abdul Razak Abdul Rahman Al-Sa'ad, Dr. Mohd Nazmi, Tn. Hj. Daud dan Pn. Hjh. Rohani Ismail.
Pada 23 Oktober yang lalu, Jabatan Agama Islam dan Moral (JAPIM) IPTB, telah berjaya menganjurkan Seminar Bahasa Arab kali pertama di Dewan Kirby. Antara tujuan utama seminar ini dianjurkan adalah sebagai satu usaha bagi memantapkan proses penyelidikan di kalangan para pensyarah dan pelajar. Melalui seminar tersebut masalah-masalah pendidikan, khususnya berkaitan P&P Bahasa Arab dapat dikaji dan dicari jalan penyelesaiannya.
Di dalam seminar tersebut tiga kertas kerja telah dibentangkan. Pembentang utama ialah Prof. Dr. Abdul Razak Abdul Rahman Al-Sa'ad, iaitu Pensyarah Jabatan Bahasa Arab & Kesusasteraan, Fakulti Ilmu Wahyu UIAM. Pembentang yang ke dua ialah Dr. Mohd. Fahmi Bin Khir dari Kolej Komuniti Grik Perak. dengan terlaksananya seminar ini diharapkan penguasaan pengajaran bahasa Arab di kalangan pensyarah dan pelajar IPTB akan bertambah baik. Di samping itu ia akan memantapkan lagi hasrat pihak pengurusan untuk menjadikan Bahasa Arab dan Pendidikan Agama sebagai 'nice' institut ini.
|
|
Posted By WEB_IPTB on 2009-01-05 18:06:18.0 | Maklumat Umum
Reads: 6 | |
| |
Aktiviti Akan Datang:: |
| Pameran BBB Literasi Bahasa Melayu |
Pada 16 Oktober 2008, telah diadakan pameran bahan pengajaran dan pembelajaran komponen Literasi Bahasa Melayu di lobi blok pentadbiran Institut Perguran Keningau Sabah (IPKS) . Program ini dijayakan oleh pelatih PISMP-IPGM Sains Semester 2 dengan kerjasama Jabatan Pengajian Melayu sebagai salah satu penilaian mata pelajaran LIterasi Bahasa.
Selain daripada penilaian, pameran ini turut memupuk nilai kerjasama serta mengasah bakat kepimpinan dan kemahiran pengurusan program dalam kalangan pelatih. Selain itu, pameran bahan pengajaran dan pembelajaran yang dipamerkan mampu memberi pendedahan kepada para bakal guru tentang penggunaan pelbagai jenis bentuk bahan bantu mengajar khususnya pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu.
Pameran bermula jam 8.00 pagi dengan 10 gerai yang dikendalikan oleh 2 hingga 3 orang pelatih dan mempamerkan bahan bantu mengajar pelbagai tajuk. Pameran ini berjalan lancar serta mendapat sambutan yang hangat daripada para pensyarah, guru pelatih dan guru-guru KDC. Lebih istimewa lagi, pameran ini mendapat komen positif daripada Puan Pengarah Puan Penny Lim Sai Kiow serta para pensyarah dan para pengunjung sehingga ada yang berminat untuk membelinya.
Secara keseluruhan, pameran seumpama ini perlu diteruskan pada masa akan datang kerana kandungan program ini amat relevan serta mampu memberi input yang berharga kepada para pendidik untuk diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah terutamanya kepada golongan pelatih serta guru-guru KDC yang kebetulan berkursus di institut pada hari tersebut.
|
Posted By 660209-12-5255 on 2009-01-05 07:15:34.0 | Aktiviti Akan Datang
Reads: 13 | |
| |
Maklumat Umum:: |
| STAF SOKONGAN IPS MIRI ANJUR MAJLIS MAKAN MALAM |
MIRI 27 Nov 2008 - Staf Sokongan Institut Perguruan Sarawak Miri (IPS) telah menganjurkan Majlis Makan Malam Akhir Tahun di salah sebuah hotel terkemuka di Miri. Hadir sama pada majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah IPS Pn. Tumerah Bt. Rosmin.
Oleh Abg Mortadza Abg Fauzan
|
Posted By 620402-13-6005 on 2008-12-22 18:24:23.0 | Maklumat Umum
Reads: 62 | |
| |
Aktiviti Akan Datang:: |
| Pak Belalang Kembali |
Assalamualaikum kepada semua warga IPGM dan BPG. Lama betul Pak belalang tak menulis,maklumlah baru balik dari luar negara cari idea.
Pak belalang rasa bangga dan gembira kerana Portal ini telah mula menampakkan kemajuan. Tahniah kepada tokehnya..bisnesnya menjadi.
Pak Belalang juga ucap tahniah kepada semua warga IPGM dan BPG yang telah berjaya mendapat kenaikan gred yang dinanti-nantikan. syukur dan terimakasih kepada pejuang-pejuang yang berusaha itu...tapi yang tak sedap hati Pak Belalang ada kalangan Warga ni langsung tak bersyukur. Nak naik gred dah dapat..tapi bila kena tukar, tak mau pulak. Belum apa-apa lagi dah masing-masing melobi cari kabel untuk mengekalkan tempat kerja. Apa ni...aduh pening Pak Belalang. Hijrahlah sikit....cubalah cari kelainan. Soal rumah dah ada...jauh tak sepatutnya timbul...seingat Pak Belalang tok guru Pak Belalang kata cam mana kita sayang sesuatu di dunia ini, lambat laun akan ditinggalkan juga. Pak Belalang harap bos-bos kat atas tu usahlah layan sangat kerenah orang yang naik pangkat ni...sorry..
|
Posted By pak_belalang on 2008-11-21 14:35:14.0 | Aktiviti Akan Datang
Reads: 180 | |
| |
Maklumat Umum:: |
| Mesyuarat Pengoperasian SGM di IPG |
http://ippm.edu.my/portal/images/stories/ippm_images/jtp/sgm_emporer.png
Mesyuarat Pengoperasian Standard Guru Malaysia (SGM) di IPG diadakan di Hotel Emperor, Melaka dihadiri oleh Timbalan Pengarah IPG, Penyelaras SGM dan Penyelaras Teknikal dari semua 27 IPG dan ELTC pada 28 hingga 31 Oktober 2008. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Dato' Misrah bin Hj. Ibrahim, Pengarah Pendidikan Guru.
|
Posted By 591002-05-5169 on 2008-11-10 13:14:25.0 | Maklumat Umum
Reads: 225 | |
| |
Maklumat Umum:: |
| Penyerahan Kolej Kediaman IPG Kampus Darulaman |
Galeri sekitar Majlis penyerahan Kolej Kediaman, IPG Kamdus Darulaman oleh TKPPM Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan , Datin Asariah bt. Meor Shaharuddin
Galeri:
http://www.jusni.com/asrama/
|
Posted By 590705-02-5471 on 2008-10-29 16:48:54.0 | Maklumat Umum
Reads: 434 | |
| |
Maklumat Umum:: |
| Lawatan KSU Kementerian Pelajaran Malaysia 29/10/2008 |
Lawatan YBhg Tan Sri Dr Zulkarnain bin Hj Awang,. KSU Kementerian Pelajaran ke Pusat Sumber dan Blok Asrama IPG Kampus Darulaman.
Galeri:
http://jusni.com/ksu/
Terima kasih
|
Posted By 590705-02-5471 on 2008-10-29 16:43:09.0 | Maklumat Umum
Reads: 302 | |
| |
Maklumat Umum:: |
| Kursus Kejurulatihan KRS dan PPIM Pensyarah IPG Zon Sabah & Sarawak |
Kursus Kejurulatihan Kadet Remaja Sekolah dan Pergerakan Puteri Islam akan di jalankan pada 29Okt - 1Nov.2008 bagi menyediakan pensyarah yang berkelayakan dan bertauliah dalam bidang kokurikulum seperti mana mengikut keperluan MOA akan dijalankan di Beringgis Resort Papar.
|
Posted By maa on 2008-10-29 12:38:36.0 | Maklumat Umum
Reads: 311 | |
| |
Perbincangan:: |
| Amalan analisa data peperiksaan ke arah penambahbaikan P&P |
Pengujian, pengukuran dan pengujian amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Dalam satu laporan Blue-print Modal Insan yang dikemukakan dalam mesyuarat Badan Bertindak Pelaksanaan Negara pada 15 Jun 2006, didapati 3.8 peratus daripada 6.3 juta pelajar tidak dapat menamatkan pengajian kerana keciciran pengetahuan. Jumlah ini mewakil seramai 239400 orang pelajar. Satu jumlah yang cukup besar dan amat membimbingkan. Persoalannya adakah guru-guru kita tidak mengajar atau tidak menjalankan tanggungjawabnya?
Dalam kajian saya berhubung amalan analisa data ujian penilaian formatif dalam kalangan guru-guru SMT Negeri Melaka yang melibatkan 169 orang guru daripada 302 guru , didapati tahap amalannya pada tahap sederhana (min 70.5). Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan amalan antara guru lelaki dan guru perempuan serta pengalaman mengajar guru. Didapati guru-guru perempuan dan guru-guru yang mempunyai pengalaman mengajar kurang 10 tahun menggunakan analisa data UPF untuk merancang pengajaran seterusnya berbanding dengan kumpulan yang lain.Dapatan kajian saya saya juga mendapati 41.4 peratus responden menyatakan mereka tidak pernah menggunakan nilai skor z dan skot T dalam penilaian dan meninterprestasi penguasaan pembelajaran pelajar.
Perancangan proses pengajaran dan pembelajaran guru-guru wajar merujuk kepada 4 elemen lain seperti kandungan kurikulum, objektif pengajaran/ hasil pembelajaran, pengujian dan penilaian serta pengalaman pembelajaran yang didedahkan (Siti Rahayah, 2003; Mok, 2007). Justeru dalam penulisan objektif pengajaran, guru wajar menentukan adakah kaedah pengujian dan penilaian yang boleh menentukan objektif itu tercapai. apakah dengan hanya menutarakan dua atau tiga soalan umum boleh menentukan objektif yang dinyatakan tercapai.
Justeru, kita sebagai warga BPG dan khususnya pensyarah di IPG adalah bertanggungjawab dalam pembentukan bakal pendidik yang akan mendidik anak-anak bangsa kita. Apakah pandangan anda terhadap penggunaan data atau hasil pengujian formatif dan bagaimana tahap amalan analisa data anda dalam P&P anda???
|
Posted By MOKHTAR on 2008-10-07 19:52:54.0 | Perbincangan
Reads: 285 | |
| |
Maklumat Umum:: |
| Guru pelatih IPS Miri sambut raya di perantauan. |
|
|
MIRI 4 Okt 2008 - Sebut sahaja ziarah menziarah sepanjang Aidilfitri, ini pastinya dikaitkan dengan kunjung mengunjung dengan saudara datang ke rumah, kawan, mahupun teman-teman. Namun demikian, bagi guru-guru pelatih di Institut Perguruan Sarawak (IPS) Miri yang tidak berkesempatan berhari raya di kampung halaman, amalan menziarah ini juga telah memberi sedikit kegembiraan kepada mereka. Sekurang-kurangnya dapat menghilangkan rasa kerinduan di perantauan.
Bagi mereka, yang paling seronok ialah ketika ziarah semasa hari raya kali ini ialah dapat berkunjung ke rumah pensyarah-pensyarah dan staf yang mengadakan majlis rumah terbuka sempena hari raya. Salah seorang guru pelatih yang sempat ditemui berkata, selain dapat menikmati hidangan ketupat dan lemang, yang paling istimewa sekali bila berhari raya di Miri ialah dapat menikmati keenakan Kek Lapis Sarawak.
Oleh Abg Mortadza Abg Fauzan |
|
Posted By grafik_ips on 2008-10-07 19:31:35.0 | Maklumat Umum
Reads: 277 | |
| |